Pages

Jumaat, 11 April 2014

Cara membuat barcode sendiri

Cara untuk membuat barcode ini adalah sangat mudah, anda hanya perlu pergi ke link disini.

Langkah pertama anda perlu memilih dibahagian symbology kepada QR Code.

Langkah kedua pada bahagian Contents anda perlu menulis link yang anda ingin bina.

Pada bahagian scale anda boleh menukar nombor 2 kepada nombor yang lain.

Terakhir, sila klik pada make barcode dan anda boleh memilih untuk format jpeg atau png.

contoh barcode:




Rabu, 25 Disember 2013

Ikhlas Kerana-Nya

Oleh: Ustazah Nik Suhaila bt Nik Muhammad

“Ikhlas itu jiwa yang murni, rahsia Allah di dalam hati, terlalu sembunyi tapi dapat dikesan, jika disuluh dengan saksama, nista dan puji tiada berbeza.” Itulah antara bait-bait lagu nasyid oleh salah satu kumpulan nasyid popular yang menggambarkan tentang keunikan sifat ikhlas.

Sifat ikhlas sangat istimewa. Walaupun sulit untuk diberikan pengertian yang tepat dan  tiada tanda-tanda jelas yang menggambarkan kehadirannya, namun ia memberikan pengaruh yang besar dan bermakna terutamanya dalam amalan dan perbuatan setiap yang bergelar Mukmin. Jika keikhlasan yang mendahului setiap gerak-geri insan, akan lahir keluhuran dan membuahkan keberkatan Allah SWT dalam setiap amalannya. Ia amat berkait rapat dengan persoalan hati seperti yang dimaksudkan oleh hadith Rasulullah SAW : “Sesungguhnya setiap amalan itu dengan niat, dan sesungguhnya bagi seseorang itu apa yang diniatkannya.”(Riwayat Bukhari & Muslim)

Khamis, 12 Disember 2013

Screenshots Ninetology


Kepada pengguna telefon pintar ninetology, berikut adalah cara screenshots untuk telefon pintar anda.. 

Anda hanya perlu menekan butang 'volume down' & 'power button' secara serentak selama kira-kira 1 saat sahaja..

Selamat mencuba!

Jumaat, 8 Februari 2013

Cara menggabungkan file PDF


Cara yang paling mudah dan paling cepat adalah dengan menggunakan aplikasi Simple PDF Merger. [ klik sini ]

Setelah selesai download, anda perlu install program tesebut dan sudah boleh menggunakan program ini.

Pilihlah beberapa file PDF yang ingin anda gabungkan dengan klik "Add Files"

Kemudian anda perlu pilih di folder mana yang anda ingin simpan, klik "Browse".

Setelah itu klik "Start merge". Siap.

*Simple PDF Merger adalah program yang bersaiz kecil (855kb) tak sampai 1 MB pun.



Ahad, 30 Disember 2012

Cara tambah partition 'external hard disk'

Control panel - System and security - Administrative tools - Computer management - Storage - Disk management (Local)

right click pada partition yg anda ingin bahagikan. klik pada Shrink volume

Apabila sudah selesai bahagi dua, akan terpapar tulisan unallocated dipetak yang hitam 

right click di partition yang dah dibahagikan tu, pilih new simple volume

next, next, next, next, finish

Bila dah siap, akan keluar autoplay