Pages

Rabu, 25 Disember 2013

Ikhlas Kerana-Nya

Oleh: Ustazah Nik Suhaila bt Nik Muhammad

“Ikhlas itu jiwa yang murni, rahsia Allah di dalam hati, terlalu sembunyi tapi dapat dikesan, jika disuluh dengan saksama, nista dan puji tiada berbeza.” Itulah antara bait-bait lagu nasyid oleh salah satu kumpulan nasyid popular yang menggambarkan tentang keunikan sifat ikhlas.

Sifat ikhlas sangat istimewa. Walaupun sulit untuk diberikan pengertian yang tepat dan  tiada tanda-tanda jelas yang menggambarkan kehadirannya, namun ia memberikan pengaruh yang besar dan bermakna terutamanya dalam amalan dan perbuatan setiap yang bergelar Mukmin. Jika keikhlasan yang mendahului setiap gerak-geri insan, akan lahir keluhuran dan membuahkan keberkatan Allah SWT dalam setiap amalannya. Ia amat berkait rapat dengan persoalan hati seperti yang dimaksudkan oleh hadith Rasulullah SAW : “Sesungguhnya setiap amalan itu dengan niat, dan sesungguhnya bagi seseorang itu apa yang diniatkannya.”(Riwayat Bukhari & Muslim)

Khamis, 12 Disember 2013

Screenshots Ninetology


Kepada pengguna telefon pintar ninetology, berikut adalah cara screenshots untuk telefon pintar anda.. 

Anda hanya perlu menekan butang 'volume down' & 'power button' secara serentak selama kira-kira 1 saat sahaja..

Selamat mencuba!